the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peguam bergelar Datuk didakwa tipu urusan jual tanah

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa ditipu seorang peguam bergelar Datuk dalam urusan penjualan tanahnya bernilai RM1.4 juta di Sepang, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (gambar) berkata pihaknya menerima laporan daripada individu berusia 54 tahun itu pada 16 Mac lepas.

Beliau berkata mangsa telah berjumpa dengan suspek dan bersetuju untuk melantik firma guaman itu bagi menguruskan penjualan tanah pusaka milik mangsa.

“Tanah tersebut telah berjaya dijual pada harga RM1.4 juta dan mangsa telah menerima bayaran sebanyak RM381,110. Berdasarkan perjanjian, suspek bertanggungjawab untuk menguruskan wang jualan tersebut untuk tujuan pembayaran kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan menyerahkan bakinya kepada mangsa.

“Namun sehingga kini, suspek didapati gagal berbuat demikian dan kes terbabit sedang disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media mingguan JSJK di sini, hari ini.

Sementara itu, Ramli berkata JSJK telah membuka lima kertas siasatan berkaitan penipuan Skim Pelaburan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah melibatkan kerugian lebih RM745,000 sejak Januari lepas.

“Melalui siasatan yang dijalankan, skim ini mula beroperasi sejak 2019 dan menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur kononnya mengikut konsep hibah (hadiah).

“Pulangan yang ditawarkan sehingga RM1 juta bagi setiap RM1,000 yang dilaburkan dan tawaran pelaburan ini dibuat secara bersemuka iaitu melalui kenalan serta saudara-mara,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudian akan mengikuti seminar dan kursus yang diadakan dan setelah yakin dengan skim pelaburan itu, mangsa akan mula memindahkan wang ke akaun yang diberikan.

Bagaimanapun katanya setelah pindahan wang dibuat, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings