the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja asing maut terjatuh dari tingkat lapan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas terjatuh dari tingkat lapan di sebuah tapak pembinaan di Bayan Lepas, dekat sini semalam.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang memaklumkan dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang juga pekerja kontraktor dilantik sedang menjalankan kerja-kerja mengecat dan plaster sebelum terjatuh dari tingkat lapan semasa sedang melompat keluar dari gondola ke tingkap tingkat sama.

“Mangsa berusia 26 tahun itu dilaporkan mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Berikutan kemalangan itu JKKP mengeluarkan notis pemberhentian serta-merta terhadap penggunaan gondola untuk kerja-kerja di tempat tinggi di tapak pembinaan tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan,“ menurut JKKP dalam kenyataan hari ini.

JKKP Pulau Pinang telah mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada pihaknya.

JKKP Pulau Pinang juga akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenal pasti serta lawatan susulan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings