the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja restoran warga Myanmar didakwa bunuh rakan senegara

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara berhubung isu hutang.

Hasang (gambar), 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa Myanmar di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna hitam itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk sebutan kes.

Lelaki itu didakwa membunuh Kyaw Kyaw di gelanggang bola keranjang, taman permainan kawasan perumahan di Bandar Manjalara, Kepong, antara 12 tengah malam hingga 4 pagi pada 13 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings