the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelaburan tak wujud: Pesara kerugian lebih RM1.4 juta

KUANTAN: Seorang pesara swasta mendakwa kerugian lebih RM1.4 juta selepas menyertai skim pelaburan saham yang diketahui menerusi akaun Facebook sejak Oktober lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 70 tahun mendakwa berminat untuk menyertai pelaburan itu kerana menjanjikan keuntungan lumayan.

“Mangsa semakin tertarik kerana turut diberikan kelas pelaburan selama lapan bulan secara dalam talian sebelum membuat pelaburan pertama bernilai RM20,000.

“Pelaburan itu, menurut mangsa membawa pulangan sebanyak RM4,000 menyebabkan dia berani mengeluarkan wang simpanan untuk menambah modal,“ katanya menerusi kenyataan menerusi kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa mendakwa telah membuat 19 kali transaksi pemindahan wang ke lapan akaun diberikan suspek bagi tujuan itu, yang secara keseluruhannya melibatkan bayaran RM1.4 juta.

Mangsa membuat laporan polis di balai polis di Raub, dekat sini semalam, selepas gagal menghubungi suspek bagi mengeluarkan ‘keuntungan’ yang dijanjikan.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang awam untuk berwaspada dan membuat semakan sebelum menyertai pelaburan dalam talian, khususnya yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di https://semakmule.rmp. gov.my sebelum membuat transaksi bagi mengurangkan risiko diperdaya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings