the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu jengkaut maut tertimbus tanah runtuh

SHAH ALAM: Seorang pemandu jengkaut maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong di Jalan Sungai Kelambu, Banting, dekat sini hari ini.

Mangsa berusia 38 tahun dari Tanjong Karang meninggal dunia di tempat kejadian akibat tertimbus sehingga paras dada.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting diigerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.34 tengah hari.

“Mangsa berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba dalam tempoh 15 minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings