the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembangkang Perak puji inisiatif Belanjawan 2024

IPOH: Beberapa wakil pembangkang memuji inti pati Belanjawan Perak 2024 membabitkan peruntukan RM1.35 bilion yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas.

Ketua Pembangkang Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol) berkata peruntukan sama rata kepada wakil rakyat pembangkang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan menjadikan Perak antara negeri terkehadapan dan menjadi contoh kerajaan yang mengamalkan politik matang.

“Syabas dan tahniah kepada Menteri Besar telah memulakan langkah memberi peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang sama rata dengan ADUN kerajaan,” katanya ketika membahaskan belanjawan negeri pada sidang DUN di sini hari ini.

Senada dengan Razman, Mohd Akmal Kamarudin (PN-Selama) berkata beliau turut tersentuh apabila belanjawan itu memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM 384.1 juta untuk melaksanakan pelbagai program.

“Maklumat yang diterima daripada mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) LMS, daerah Selama masih kekal daerah mempunyai penduduk miskin tegar tertinggi di dalam negeri Perak berdasarkan data e-Kasih.

“Sudah tiba masanya daerah kecil Selama dinaik taraf memandangkan terdapat kemudahan awam sedia ada seperti Hospital Selama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama dan sebagainya,” katanya.

Dr Najihatussalehah Ahmad (PN-Bota) pula menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar yang menaikkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada RM300 kepada RM400.

“Dengan peruntukan pada 2023, Alhamdulillah saya dapat membantu penduduk di kawasan saya. Namun saya berharap agar proses permohonan tidak mengambil masa yang lama dan lebih dipermudahkan, begitu juga dengan kenaikan kadar bantuan

“Kad Perak Sejahtera kepada RM100, ia juga boleh dinaikkan kepada RM120 dan ditambah penerimanya,” katanya.

Persidangan bersambung esok. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TrueHealth Medical lands on HKEX as the first Hong Kong-listed percutaneous surgical robotics player,...

TrueHealth Medical debuted on the Hong Kong Stock Exchange as the first listed specialist in percutaneous surgical robotics, with shares surging 216.96% on the first trading day. The company plans to accelerate commercialization, R&D and expansion of its minimally invasive oncology robotics portfolio.

JustCo app enables on-demand booking of workspace- No monthly membership required

JustCo Holdings Limited ("JustCo"), a Singapore-grown flexible workspace operator with an extensive Asia Pacific network, announced pay-per-use access via the JustCo App, allowing professionals to find, book, and access hot desks and meeting rooms on demand across its network, without membership or upfront commitment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings