the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penarafan kredit tidak tepat: CTOS diarah bayar RM200,000 kepada pengarah resort

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini telah memerintahkan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada pengarah sebuah resort susulan penarafan kredit yang tidak tepat.

Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam penghakimannya baru-baru ini berkata mahkamah mendapati CTOS telah melanggar kewajipan untuk berjaga-jaga terhadap Suriati Mohd Yusof, 43, dan melangkaui fungsi-fungsi ia didaftarkan.

“Ini telah mengakibatkan plaintif mengalami kerugian. Mahkamah telah membataskan pampasan yang diberikan untuk kerugian peribadi yang dialaminya. Reputasi plaintif serta hubungan beliau dengan suaminya telah rosak akibat kecuaian dan pelanggaran kewajipan fidusiari oleh defendan.

“Oleh itu mahkamah membenarkan tuntutan plaintif dan memberikan ganti rugi sebanyak RM200,000. Mahkamah turut memberikan kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif,“ katanya.

Beliau juga berkata tiada peruntukan di dalam Akta Agensi Penerbitan Kredit (CRAA) 2010 yang memberikan kuasa kepada CTOS untuk merumuskan skor kredit atau mewujudkan kriteria atau peratusannya sendiri bagi merumuskan skor kredit kerana defendan hanya diberi kuasa sebagai penyimpan maklumat kredit yang boleh diakses pelanggannya.

Hakim itu berkata peranan utama CTOS ialah mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat yang diterima serta diberikan kuasa untuk menyebarkan maklumat tersebut kepada pelanggannya termasuk institusi kewangan.

Plaintif, yang merupakan pengarah dan pemegang saham Keranji Beach Resort Sdn Bhd di Pulau Perhentian, Terengganu ketika kejadian, telah menyaman CTOS atas dakwaan cuai dan melanggar kewajipan fidusiari dengan memberikan penarafan kredit yang tidak tepat sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kerugian secara peribadi dan dalam perniagaan, selain telah merosakkan reputasinya.

Menurut plaintif, pada Mei 2019 susulan laporan negatif defendan, permohonan pinjaman kereta beliau telah ditolak dan selepas disiasat, beliau mendapati defendan telah memberikan penarafan kredit yang negatif kepadanya.

Akhtar juga berkata meskipun CTOS boleh berbuat demikian, ia telah memilih untuk tidak menghiraukan dakwaan plaintif bahawa ia tidak menyediakan maklumat yang tepat mengenai wanita itu.

“Dengan memilih untuk bersikap acuh tak acuh walaupun selepas dimaklumkan oleh plaintif, defendan jelas telah melanggar kewajipan untuk berjaga-jaga terhadap plaintif,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings