the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk Sungai Layar serbu Jualan Rahmah

SUNGAI PETANI: Kira-kira 300 penduduk di Sungai Layar menyerbu Jualan Rahmah Madani anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Masjid Al Majidi di sini, pagi tadi.

Tinjauan Bernama mendapati para pengunjung tidak menghiraukan panas terik untuk beratur panjang bagi mendapatkan barangan keperluan harian yang dijual lebih murah antara 10 hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

Seorang warga emas yang juga peniaga minuman, Puteh Samsuddin, 70, berkata beliau datang seawal 10 pagi untuk mendapatkan barangan yang diperlukan seperti gula, beras dan kordial minuman.

“Beli di sini murah, beras RM14 sekampit lima kilogram (kg) berbanding RM18, kordial minuman RM4 berbanding harga di luar RM6. Kiranya sangat membantulah penduduk di sini jimat perbelanjaan,” katanya.

Suri rumah Haslinda Ismail, 34, pula berkata beliau membeli barangan untuk digunakan sepanjang Ramadan ini terutama beras, gula, sabun pencuci, ikan masin dan kicap.

Haslinda berkata program tersebut sangat dinanti-nantikan penduduk kerana diadakan dalam kawasan komuniti, justeru memudahkan mereka datang membeli sendiri walau hanya dengan menaiki motosikal.

“Puasa ini datang cari ikan masin dan barang keperluan sahaja, beli untuk puasa dan harap akan ada lagi program di sini kerana kami dapat berjimat, berbanding beli di kedai runcit,” kata ibu kepada tiga anak dari Kampung Sungai Hujung.

Rokiah Arshad, 64, berkata walaupun agak letih kerana berpuasa, beliau menggagahkan diri untuk datang membeli barangan keperluan kerana dapat berjimat.

“Penduduk mengharapkan akan ada lagi program seperti ini untuk menyambut Syawal pula kerana barangan yang dijual murah dan membantu kami berjimat banyak jugalah,” katanya sambil berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings