the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengurus stor bebas tuduhan edar 39kg kanabis

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Klang hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas pengurus stor daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 39 kilogram, tiga tahun lepas.

Hakim Norliza Othman membuat keputusan itu terhadap Kumaresan Munusamy, 29, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, di akhir kes pendakwaan.

Norliza dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa dadah berkenaan berada di bawah kawalan tertuduh ketika kejadian.

Peguam Sivahnanthan Ragava yang mewakili tertuduh, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di rumah setinggan tidak bernombor di belakang tokong Cina, di Jalan Melawis, Klang di sini pada 8 malam, 11 Nov 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh disebat tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Seramai 10 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung sejak tahun lepas. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings