the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga kecil lega tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUANTAN: Para peniaga kecil yang terhimpit dengan peningkatan kos sara hidup kini boleh menarik nafas lega kerana pelarasan tarif elektrik di Semenanjung mulai tahun depan tidak menjejaskan mereka dan hanya melibatkan pengguna bekalan tinggi.

Marzaitul Husna Abu Johar, 29, yang mengusahakan perniagaan gula kabung dan sambal hitam di Kampung Peruang, Lipis di sini, berkata walaupun bengkelnya secara purata menghasilkan sehingga 200 buku gula kabung sebulan, bil elektrik bulanan masih di bawah 600 kilowatt-jam (kWj) serta mendapat rebat 2 sen/kWj di bawah pelarasan tarif itu.

Dia berkata sebagai peniaga yang tidak berpendapatan tetap, keputusan kerajaan untuk ‘melindungi’ rakyat adalah langkah positif dalam membantu masyarakat.

“Bayaran bulanan bil elektrik bagi bengkel untuk hasilkan produk secara purata ialah RM36 dan saya agak lega kerana kami tidak akan terjejas selepas pelarasan tarif baharu nanti… setakat ini, bil bulanan kami mampu bayar dan rasa tidak terbeban… susah juga kalau bil naik, ia sudah tentu akan memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga kami kerana kos sara hidup kini agak tinggi,“ katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024 yang dilaksana di bawah mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT).

Pengumuman itu dibuat susulan keputusan kerajaan untuk mengekalkan rebat 2 sen/kWj bagi penggunaan elektrik sebanyak 600kWj dan ke bawah sebulan.

Peniaga biskut coklat cip Wan Mohammad Amir Wan Yusof, 31, pula berkata dia sememangnya mengamalkan langkah penjimatan elektrik bagi mengelak daripada membayar bil yang tinggi.

“Kalau tak guna kipas dan lampu, memang saya tutup suis… setakat ini, kami hanya pakai satu ketuhar kecil di rumah bagi menghasilkan biskut untuk dijual secara kecil-kecilan,“ katanya.

Bagi pengusaha sajian pencuci mulut Norhabibah Herman, 32, selepas ini dia akan cuba mengamalkan langkah penjimatan bagi mengelak daripada terbeban dengan bayaran bil elektrik yang tinggi.

Sebagai peniaga yang menghasilkan krep durian sejak tiga tahun lepas di Kuantan, Norhabibah berkata dia perlu mengguna beberapa peti sejuk untuk menyimpan produk supaya tahan lama dan segar ketika dijual.

“Kena cuba juga untuk berjimat sebab perniagaan saya memang perlukan peti sejuk untuk menyimpan produk yang dihasilkan… selepas ini, perkakas elektrik lain yang tidak digunakan kena tanggalkan dari soket dan tidak boleh membazir dengan membiarkan lampu serta kipas sentiasa terpasang,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img