the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perkasa institusi Dewan Negara, jumlah ahli perlu ditambah

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan bilangan senator di Dewan Negara ditambah seiring reformasi Parlimen seterusnya memperkasakan badan legislatif itu.

Senator Susan Chemerai Anding (gambar) berkata mengambil kira bilangan Ahli Dewan Rakyat sebanyak 222 orang, terdapat keperluan menambah bilangan Ahli Dewan Negara yang ketika ini 70 orang bagi memastikan keberkesanan peranan semak dan imbang.

“Dalam hal ini, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah jumlahnya daripada 70 orang sebagaimana 222 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat…saya percaya jumlah ini harus ditambah sebagai usaha memperkasakan institusi Parlimen.

“Data pada November lepas merekodkan hanya 10 senator wanita atau 16 peratus daripada jumlah keseluruhan 70 Ahli Dewan Negara, jadi saya rasa perkara ini perlu diberi pertimbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara hari ini.

Julai lepas, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang, jika terdapat keperluan.

Wan Junaidi berkata di bawah Perkara 45 (1) (a), Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan dua wakil boleh dipilih dari negeri masing-masing untuk ke Dewan Negara, namun jumlah itu boleh ditambah.

Susan dalam pada itu juga ingin mengetahui status terkini mengenai perancangan terhadap reformasi Parlimen seperti penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen untuk mencapai pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Sementara itu, Senator Datuk Mohd Hatta Ramli berkata industri pertanian tempatan di utara dan pantai timur tanah air serta bersempadan dengan negara jiran harus diberikan lonjakan melalui usaha bersepadu melibatkan pihak berkepentingan untuk keterjaminan makanan.

“Oleh itu, kerajaan harus memanfaatkan hubungan dua hala yang baik dengan negara jiran terutamanya Thailand yang mempunyai industri pertanian yang maju,” katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings