the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perkhidmatan feri, bas percuma di Pulau Pinang sempena Thaipusam

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) akan menawarkan perkhidmatan feri percuma bermula 12.01 tengah malam 24 Jan hingga 2 pagi 26 Jan bagi memudahkan perjalanan penganut agama Hindu ketika meraikan sambutan perayaan Thaipusam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penggunaan perkhidmatan feri, yang buat kali pertama akan beroperasi 24 jam, diharapkan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sebelah pulau.

“Selepas penumpang feri tiba di terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda, ada bas Rapid Penang yang turut memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.

“Bas ini akan berhenti di tempat-tempat mereka sembahyang dengan destinasi akhir di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata waktu operasi Bas Rapid Penang secara percuma adalah dari 2 petang hingga 1 pagi 24 Jan dan pada 25 Jan, dari 5.30 pagi hingga 1 pagi keesokannya.

Loke berharap usaha itu dapat meningkatkan penggunaan pengangkutan awam khususnya ketika waktu musim perayaan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings