the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala Thomas: Penyertaan Tze Yong dibincang semula

KUALA LUMPUR: Status pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong (gambar) kembali mencetuskan resah apabila dikhabarkan mungkin tidak dapat bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.

Ia berikutan makluman daripada Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky yang mengatakan pemain di ranking ke-18 perlu menjalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) hari ini bagi menentukan kecergasannya.

“Saya akan bincang dengan Michelle Chai (Pengarah Pentadbiran ABM). Setakat ini tidak boleh cakap dia tak pergi (Piala Thomas) sebab kita sebagai jurulatih dan pihak pengurusan sudah buat yang termampu.

“Kita belum dapat apa-apa maklumat (dari MRI dan doktor) kerana pada perjumpaan lepas, jurulatih kata Tze Yong mahu main. Hendrawan beritahu doktor di Institut Sukan Negara (ISN) sendiri keliru dengan situasi (kecederaan) Tze Yong sekarang,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di ABM Bukit Kiara hari ini.

Tze Yong disahkan mengalami kecederaan belakang pada Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam, pada Februari lepas dan telah menjalani pembedahan.

Pemain berusia 23 tahun itu terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China baru-baru ini sekali gus terlepas peluang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun pada minggu lepas, BAM mengumumkan Tze Yong antara barisan pemain perseorangan lelaki negara yang akan menggalas tugas di Piala Thomas.

Rexy berkata jika penukaran pemain dibenarkan, tempat Tze Yong mungkin digantikan dengan seorang lagi pemain negara Eogene Ewe yang menduduki ranking ke-201 dunia.

“Setakat ini kita ada lima pemain namun dalam situasi sekarang Eogene Ewe merupakan paling terbaik untuk menggantikan tempat itu. Namun pengalaman saya, setiap pemain dalam pasukan perlu bersedia untuk bermain terutama pemain perseorangan,” katanya.

Sementara itu, Rexy memaklumkan gandingan juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei akan memulakan latihan Piala Thomas esok manakala Nur Izzudin Rumsani menyertai pasukan pada Khamis ini.

BAM sebelum ini menyenaraikan Lee Zii Jia, Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Justin Hoh, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Muhammad Haikal Nazri bagi saingan Piala Thomas 2024.

Malaysia yang diletak selaku pilihan kelima kejohanan edisi 2024 itu diundi dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah yang juga juara 2016 Denmark, Hong Kong dan Algeria bagi saingan Piala Thomas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings