the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM adakan perbincangan dengan ahli kumpulan pemikir utama Jerman

BERLIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini mengadakan perbincangan dengan pembuat dasar, ahli kumpulan pemikir dan agensi kerajaan, di Yayasan Korber di sini.

Sebaik tiba di yayasan tersebut yang merupakan salah sebuah yayasan kumpulan pemikir terbesar dan filantropi di Jerman, Anwar disambut oleh Ahli Lembaga Eksekutif Yayasan.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Antarabangsanya Nora Muller.

Anwar berkata pada sesi hari ini, mereka membincangkan dan berkongsi pandangan mengenai keutamaan dasar dan dasar luar negeri, serta isu berkaitan sosial, antarabangsa, hubungan geopolitik, dan perkembangan politik semasa.

Keadaan di Palestin dan Ukraine turut dibangkitkan semasa pertemuan itu, kata Anwar.

“Saya menghargai jemputan mereka dan berharap perbincangan seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang,” kata Perdana Menteri, yang sedang dalam lawatan rasmi enam hari ke negara ekonomi ketiga terbesar di dunia itu.

Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Ditubuhkan pada tahun 1959 oleh seorang usahawan Kurt A. Korber, yayasan yang berpangkalan di Hamburg itu, merupakan sebuah badan pemikir dan penerbit bebas yang memfokuskan kepada isu sosial, antarabangsa dan politik.

Pejabat di ibu negara Jerman itu menawarkan platform untuk pembuat keputusan daripada politik, sains dan kumpulan pemikir untuk bertukar-tukar idea dan mencari penyelesaian kepada cabaran politik semasa secara bersama-sama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings