the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM beri impak positif hubungan Indonesia-Malaysia, masa depan Asean

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sumbangan positif dalam hubungan Indonesia-Malaysia termasuk memastikan perlindungan pekerja Indonesia di Malaysia dan memajukan kerjasama ekonomi bagi pertumbuhan bersama.

“Sumbangan juga terlihat di peringkat kerjasama serantau seperti di Sidang Kemuncak Asean 2023 yang dipengerusikan Indonesia,” kata penganalisis komunikasi politik Dr Hendri Satrio.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Paramadina di Jakarta Selatan berkata demikian ketika diminta mengulas perubahan yang dibawa Anwar sepanjang tahun pertama Kerajaan Perpaduan memerintah.

Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 negara pada 24 Nov 2022.

Hendri berkata Anwar sentiasa mendapat tempat di ‌minda dan hati rakyat Indonesia malah pelantikan sebagai perdana menteri mencetuskan optimis penambahbaikan demokrasi yang signifikan.

Beliau berkata sehingga hari ini, hubungan Indonesia-Malaysia lebih daripada sekadar persahabatan dan mempengaruhi politik antara satu sama lain.

“Kita semua satu keluarga, bahasa hampir sama, muka pun serupa, jadi kalau kita bekerjasama di bidang ekonomi, politik atau keselamatan, sudah pasti nilainya lebih tinggi berbanding dengan negara lain.

“Alangkah baik Indonesia, Malaysia dan Singapura memiliki hubungan erat supaya, contohnya memanfaatkan Selat Melaka untuk mengukuhkan ekonomi negara masing-masing,” tambah beliau.

Selain berharap kerjasama erat antara dua negara akan dipertingkat, Hendri juga membayangkan potensi Anwar sebagai pemimpin Muslim di Asean,yang majoriti penduduknya Muslim untuk membawa rantau ini lebih jauh dan maju.

Beliau menekankan peranan transformatif pemimpin Muslim dan mendorong Anwar agar terus membentuk dan mempromosikan demokrasi yang ideal di rantau ini.

“Datuk Seri Anwar diidolakan sebagai seorang daripada pemimpin Islam yang diinginkan oleh banyak orang di Indonesia, berjuang melawan ‘penjajahan’ kemudian tetap sangat menghargai dan menunjukkan nilai-nilai Islam,” katanya.

Beliau juga menyuarakan harapan agar Anwar berusaha melahirkan lebih ramai tokoh-tokoh baharu yang berperanan sebagai pemimpin teladan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings