the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik

KUALA LUMPUR: Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, dalam perutusan Maulidur Rasul 1445H yang dikongsi di laman Facebook malam ini, berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.

“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tema sambutan tahun ini ialah Perpaduan Teras Malaysia MADANI. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings