the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Malaysia tetapkan sasaran indikator SDG kebangsaan

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Malaysia menetapkan sasaran indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Kebangsaan dan memuktamadkan sembilan inisiatif bagi mempercepat pencapaian SDG di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata sasaran indikator SDG kebangsaan dan inisiatif itu akan diterjemah dalam Pelan Hala Tuju SDG Fasa 2 yang diterbitkan pada Disember ini.

Anwar berkata ia antara perkara yang dimuktamad dalam Mesyuarat Majlis SDG Negara bagi 2023 yang dipengerusikan oleh beliau hari ini bagi memastikan pelaksanaan lebih berkesan ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 (Agenda 2030) yang hanya berbaki kira-kira tujuh tahun.

Beliau berkata mesyuarat itu turut memutuskan bahawa Pusat SDG Negara (PSN) di bawah Kementerian Ekonomi bertanggungjawab meningkatkan tindakan penyelarasan SDG di peringkat kebangsaan, menambah baik pencapaian SDG negara serta meningkatkan kesedaran dalam pelaksanaan SDG dan penerimagunaan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“(Selain itu) menambah baik struktur tadbir urus SDG Kebangsaan selari dengan fungsi semasa kementerian-kementerian serta memperkasa peranan kementerian-kementerian di peringkat Persekutuan sebagai kementerian peneraju bagi setiap matlamat SDG,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kementerian peneraju bertanggungjawab melaksanakan gerak kerja bagi memastikan setiap sasaran SDG dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan.

Beliau berkata sehubungan itu, semua wacana dan program anjuran kementerian serta agensi perlu dijajarkan kepada SDG.

Perdana Menteri juga berkata secara keseluruhannya, prestasi SDG Malaysia masih mencatatkan kemajuan yang positif walaupun berdepan cabaran dan situasi semasa di peringkat global serta tempatan seperti kesan pascapandemik COVID-19, cabaran perubahan iklim dunia, krisis inflasi dan kemelut geopolitik antarabangsa.

Anwar memaklumkan antara pencapaian negara ialah penurunan peratusan di bawah garis kemiskinan daripada 8.4 peratus pada 2020 kepada 6.2 peratus pada 2022 iaitu SDG 1 (Tiada Kemiskinan).

Menerusi SDG 8 (Pekerjaan yang Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi), kadar pengangguran berkurangan daripada 4.6 peratus pada 2021 kepada 3.4 peratus pada Ogos 2023.

Bagi SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat) pula, penggunaan Internet individu meningkat daripada 81.2 peratus pada 2018 kepada 97.4 peratus pada 2022.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa komited untuk mencapai Agenda 2030 dan akan terus memperkukuh tindakan bagi mencapai 17 SDG.

Beliau berkata justeru, komitmen semua termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan lain adalah penting untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara mampan menjelang 2030. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings