the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Sasaran IRDA capai pelaburan RM636b bantu Malaysia jadi antara 30 ekonomi terbesar dunia

KUALA LUMPUR: Sasaran Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) untuk mencapai pelaburan kumulatif sebanyak RM636 bilion menjelang 2030 merupakan antara strategi Iskandar Malaysia dalam membantu negara menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dan berada di tangga ke-12 teratas dunia dalam Daya Saing Global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata bagi tempoh yang sama IRDA turut menyasar kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 5.5 sehingga 6.5 peratus dan KDNK per kapita sebanyak RM58,800 bagi koridor ekonomi terbabit .

“Saya percaya, sasaran pertumbuhan Iskandar Malaysia ini turut akan dipacu oleh inisiatif yang telah saya umumkan seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City,” katanya menerusi satu hantaran di laman media X beliau.

Terdahulu, hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Mesyuarat Ahli IRDA ke-32, yang antara lainnya, telah meneliti cadangan hala tujunya sebagai Pihak Berkuasa Koridor dan penyelarasan Pelan Pembangunan Komprehensif iii Iskandar Malaysia (CDPiii) 2022 -2030 di bawah agenda Ekonomi Madani.

Selain itu, beliau berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan inisiatif strategik untuk menambah baik Pusat Khidmat Pelaburan Iskandar Malaysia (IMISC) dan meningkatkan sosioekonomi melalui padanan pekerjaan yang saksama.

Menurut Perdana Menteri, perkara tersebut adalah selari dengan keputusan kerajaan untuk menyusun semula landskap agensi penggalakan pelaburan negara yang dimulai dengan penyelarasan fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anwar sebelum ini semasa peluncuran Ekonomi Madani berkata kerajaan menyasar untuk meningkatkan ekonomi negara sehingga menjadi antara 30 ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 10 tahun daripada kedudukan ke-37 dalam data Bank Dunia pada 2022, dengan menumpukan kepada penyerantauan dan daya saing yang lebih besar, mengutamakan ekonomi yang kompleks dan meningkatkan rantaian nilai.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings