the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM sentuh keakraban Australia – ASEAN pada Sidang Kemuncak Khas

MELBOURNE: Malaysia akan menyentuh perihal minat Australia untuk lebih akrab dengan ASEAN dan meneruskan kerjasama dengan rantau ini pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada Rabu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak berkenaan berkata sebagai tanda keseriusan keakraban Australia terhadap ASEAN, negara itu pada Isnin telah mengumumkan dana AU$2 bilion untuk melabur dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di ASEAN.

“Tajuknya masih terikat kepada kerjasama ASEAN – Australia, isu pelaburan, kerjasama dalam melihat isu-isu dalaman soal digital, transisi tenaga. Itu antara perkara yang harus kita bicarakan,” katanya dalam sidang media dengan wartawan Malaysia pada malam Selasa di sini.

Anwar berkata inti pati kenyataan beliau esok akan turut mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan kepada Australia dan New Zealand yang telah menyatakan sikap mereka mendukung usaha untuk menghentikan serangan dan menyuarakan hasrat dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kunjungan ke Australia itu bukan hanya mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia oleh kedua-dua perdana menteri, malah turut memberi kejelasan kepada beberapa perkara yang sebelum ini samar-samar.

“Khususnya usaha untuk menjadikan Australia sebagai negara yang boleh beri kerjasama dalam peralihan tenaga dan transformasi digital, kerana mereka ada kepakaran.

“Perdana Menteri (Anwar) banyak beri pandangan yang kukuh bagi pihak negara kita dan ASEAN khususnya berkenaan dengan pendiran Malaysia dan ASEAN dalam penegasan kita terhadap kekejaman yang berlaku di Gaza.

“Australia memandang ASEAN sebagai pintu masuk kepada dunia, mereka melihat ASEAN dahulu sebelum dunia lain, ASEAN satu rantau yang amat penting bagi Australia,” katanya.

Mohamad berkata selain mengumumkan dana AU$2 bilion bantuan kepada ASEAN, Australia juga memberi kelonggaran kepada ahli perniagaan yang kerap ke negara itu mendapat visa selama 10 tahun untuk memudahkan perjalanan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings