the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM zahir penghargaan atas keberanian polis, SPRM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas ketegasan dan keberanian kedua-dua badan itu dalam mengambil tindakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan individu.

Beliau berkata ini secara tidak langsung menunjukkan komitmen negara dalam aspek tatakelola dan usaha membanteras rasuah serta isu dadah dengan memastikan tidak ada orang kenamaan, ‘jerung’ dadah mahu pun ‘ikan bilis’, terlepas daripada penyiasatan dan tindakan pihak berkuasa.

“Alhamdulillah kita sudah catat kesungguhan kita yang jarang dapat berlaku dalam mana-mana negara, apa lagi di negara membangun. Tindakan diambil terhadap tokoh-tokoh yang dianggap terlepas daripada apa saja bentuk penyiasatan dan tindakan.

“Kamu curi dana negara, kamu punggah kekayaan negara, sama ada kamu Perdana Menteri, Menteri Kewangan, menteri-menteri, kamu ingat.. kita terpaksa bertindak dengan tegas untuk menyelamatkan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU), yakni pangkalan data sosio ekonomi negara bersepadu yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan juga pemastautin tetap, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Memberi contoh kejayaan PDRM menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah baru-baru ini, Perdana Menteri menyifatkan pencapaian itu sebagai sesuatu yang perlu dibanggakan, apatah lagi ketika negara membelanjakan ratusan juta ringgit bagi membendung masalah penggunaan dadah khususnya dalam kalangan anak muda.

Pada 26 Dis lepas, media melaporkan seorang penaung badan bukan kerajaan (NGO) berpangkat ‘Datuk’ antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu.

“Yang ditangkap juga puluhan ribu dalam kalangan penagih dan pengedar peringkat bawah dan sukar diambil tindakan terhadap pengedar-pengedar besar, tauke besar terlibat dalam dadah, maka saya salute PDRM kerana telah jelajah ke Sabah.

“Jadi cerita bahawa ‘jerung’ terlepas tak timbul lagi, sekarang tumpuan kita itu kepada jerung-jerung supaya anak-anak ikan (bilis) ingat,” katanya.

Mengulas tindakan kerajaan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di pelabuhan negara, Anwar berkata walaupun tindakan itu menyebabkan sedikit kerugian, namun beliau percaya ia akan memberikan banyak ‘keberkatan’ kepada negara.

Perdana Menteri berkata langkah itu jelas menunjukkan Malaysia mempunyai keyakinan dan sifat perikemanusiaan terhadap rakyat Palestin yang ditindas Israel.

Beliau seterusnya menzahirkan penghargaan kepada Jemaah Menteri khususnya Menteri Pengangkutan Anthony Loke kerana membangkitkan mengenai kebenaran kepada syarikat itu untuk berlabuh di Malaysia, yang diberikan Jemaah Menteri pada tahun 2002.

“Saya kata ini aneh, tidak mungkin satu negara yang merdeka, berdaulat, yang punyai perikemanusiaan, yang benci dengan kezaliman, boleh biarkan mereka berleluasa tanpa tindakan.

“Kita tidak ada kekuatan lebih daripada itu tapi sekurang-kurangnya kita ada kesungguhan dan tekad perbetulkan keterlanjuran yang berlaku dahulu,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings