the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan seorang pelajar lelaki 14 tahun yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah, di sini kerana mendakwa tidak tahan dibuli, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (gambar) ketika dihubungi Bernama berkata keterangan pelajar berkenaan, akan direkodkan selepas remaja itu keluar dari hospital.

“Polis akan memanggil selepas remaja itu keluar dari hospital dan akan memutuskan tindakan seterusnya,” katanya ringkas.

Sementara itu, ibu kepada pelajar lelaki berkenaan Shuhada Jamaludin, 38, berkata anaknya masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, di sini, akibat trauma.

Shuhada berkata anaknya mungkin memerlukan sedikit masa untuk kembali stabil daripada segi emosi dan fizikal, sebelum membuat laporan polis.

“Saya telah hadir ke balai polis untuk buat laporan tetapi atas nasihat polis, tunggulah sehingga anak saya sihat sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi.

Pada Khamis lepas, remaja berkenaan dilaporkan hilang dari kawasan sebuah sekolah di Cheras sebelum ditemukan dalam keadaan lemah di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, di sini.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan buli melibatkan pelajar berkenaan dan akan memastikan perkara itu diselesaikan segera. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings