the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis: Artis veteran ditahan disyaki pukul abang ipar

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis veteran pada 12.01 tengah malam tadi kerana disyaki memukul abang iparnya.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin (gambar) berkata artis itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini selepas dia hadir ke IPD setelah dihubungi pegawai penyiasat untuk membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara lelaki berusia 64 tahun itu dengan mangsa pada pukul 2 petang semalam.

“Suspek kemudian bertindak memukul mangsa di rumah ibu mertuanya di sebuah flat di Bandar Tun Razak.

“Mangsa berusia 41 tahun itu telah dipukul dengan menggunakan sebatang besi panjang menyebabkan kecederaan di bahagian kepala serta badan mangsa,” katanya pada sidang media di IPD Cheras, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 28 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img