the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis berkas tujuh individu susulan pergaduhan di Bitung, Indonesia

JAKARTA: Polis Sulawesi Utara menahan tujuh individu yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di bandar Bitung pada Sabtu hingga menyebabkan seorang maut dan dua cedera, kata Ketua Polis, Inspektor Jeneral Setyo Budiyanto.

Suspek termasuk seorang remaja bawah umur dipercayai terlibat dalam insiden yang berpunca daripada provokasi antara peserta perhimpunan pro-Palestin dan sebuah pertubuhan orang asli.

Polis kini sedang mengenal pasti individu-individu lain yang mempunyai kaitan dengan kejadian itu, menurut Setyo dalam satu kenyataan.

“Situasi terkini di Bitung adalah selamat dan terkawal manakala aktiviti harian kembali normal sejak malam tadi,” katanya sambil mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat yang diperoleh daripada sumber tidak sahih, termasuk akaun media sosial.

Pihak polis juga bekerjasama dengan pemimpin agama, masyarakat dan pelbagai pertubuhan untuk menangani kes terbabit, menggesa seluruh masyarakat turut menyumbang bagi menjamin keselamatan.

Kesemua suspek berdepan pertuduhan di bawah Artikel 170, berkaitan serangan dan ugutan, serta Artikel 338 berkaitan pembunuhan yang boleh dihukum penjara 15 tahun. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings