the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis: Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti

ALOR GAJAH: Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit di Pulau Sebang di sini pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata identiti mayat berkenaan ialah merupakan lelaki tempatan iaitu R. Darvnrajh, 24, yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Tampin, Negeri Sembilan sejak 10 Sept lepas.

“Pada 20 Sept lepas polis telah memperoleh keputusan DNA yang dijalankan ke atas pasangan suami isteri yang mengaku sebagai ahli keluarga R. Darvnrajh dan mendapati ia adalah sepadan dengan DNA mangsa.

“Justeru, satu operasi khas iaitu Op Kejam telah ditubuhkan melibatkan sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah bagi menajalankan siasatan lanjut,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi Op Kejam yang dijalankan, enam individu berusia 18 hingga 26 tahun yang merupakan rakan mangsa ditahan di sekitar Tampin, Negeri Sembilan pada minggu lepas.

Katanya ujian saringan air kencing telah dijalankan ke atas kesemua enam suspek berkenaan dan mendapati mereka bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Zainol berkata siasatan awal yang dijalankan terhadap kesemua suspek yang ditahan mendapati mangsa dibunuh ekoran dendam lama kerana suspek pernah ditahan disebabkan laporan polis dibuat keluarga mangsa berkaitan mercun pada perayaan Deepavali tahun lepas.

Beliau berkata kesemua suspek tersebut ditahan reman sehingga 24 Sep ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, sekiranya sabit kesalahan.

Pada Isnin, media melaporkan satu mayat tanpa identiti yang hampir reput dipercayai dibunuh, ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit di Pulau Sebang di sini pada 16 Sept lepas.

Mayat dipercayai lelaki warga tempatan itu dijumpai kira-kira 10 pagi selepas orang awam terhidu bau busuk di tepi jalan berhampiran kebun kelapa sawit berkenaan dan hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan dan kepala mangsa dipercayai ditikam menggunakan objek tajam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings