the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis lepas lima das tembakan amaran kereta lari sekatan

BALING: Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan amaran terhadap sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki dan tiga wanita dalam kejadian di Kuala Pegang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata tiga wanita dan seorang lelaki ditahan sejurus selepas kereta itu terbabas di atas Jambatan Kuala Pegang di sini, manakala seorang lagi suspek ditahan pada pukul 3 petang tadi Gerik.

Beliau berkata sebelum itu Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak menerima maklumat daripada anggota bertugas di sekatan jalan raya di Sungai Lebey, Gerik pada 4 pagi yang memaklumkan sebuah kereta jenis Proton Perdana dalam keadaan mencurigakan dan memecut laju ketika melalui sekatan polis.

Peronda MPV Gerik yang membuat Op Kesan di kawasan sekitar kemudianya mengesan kenderaan suspek di sebuah stesen minyak di Kuala Rui, Gerik, dan semasa didekati kenderaan itu terus memecut laju, menyebabkan polis mengejarnya sehingga masuk ke sempadan Baling, Kedah.

“Kenderaan dipandu suspek membahayakan nyawa pengguna jalan raya dari arah bertentangan dan bagi mengelakkan kenderaan suspek melanggar kenderaan lain, anggota kenderaan peronda MPV Gerik telah memberi amaran melalui alat perhubungan ‘spectra’ sebanyak tiga kali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsudin berkata suspek enggan memberhentikan kenderaannya sehingga menyebabkan anggota peronda melepaskan lima das tembakan amaran, dengan dua tembakan mengenai bahagian ‘bonet’ kenderaan itu.

Beliau berkata kenderaan itu bagaimanapun tetap masih memecut laju sebelum terbabas di atas Jambatan Kuala Pegang, dan dua suspek dipercayai pemandu serta penumpang hadapan melarikan diri ke bawah jambatan sebelum menghilangkan diri.

Polis kemudiannya menemukan seorang lelaki dan tiga wanita dipercayai warga asing berumur 23 hingga 39 tahun tanpa dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah.

Shamsudin berkata seorang suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 30an yang melarikan diri awalnya, kemudian ditahan di Stesen Bas Gerik, Perak pada pukul 3 petang tadi, sementara seorang lagi suspek masih bebas.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman dan kredibiliti mana-mana pihak termasuk siasatan yang masih dijalankan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Vinhomes Utilizes Vietnam’s Largest Land Bank to Expand Integrated Urban Developments

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Vinhomes (ticker: VHM), Vietnam's leading listed real estate developer, is transforming its extensive land bank, exceeding 295 million square meters as of December 31, 2025, into a pipeline of integrated urban developments that combine residential, commercial, public infrastructure and environmental stewardship within unified masterplans.

LOCUS-T Wins Four Honours at A+M Agency of the Year Awards 2026

PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 – LOCUS-T, a leading Malaysian digital marketing agency, has been recognized with four honours at the Advertising + Marketing (A+M) Agency of the Year Awards 2026, reaffirming its position as a trusted digital growth partner for businesses across Malaysia.

Taoyuan Welcomes the World: Taiwan’s Gateway Invites Global Travelers

TAOYUAN, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Visitors strolling through the bustling streets of major Asian hubs-Tokyo, Busan, Hong Kong, Singapore, and Kuala Lumpur-may have recently spotted a familiar face.

SCG calls for a new growth model: Advancing carbon neutrality through competitiveness, energy security...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - At the Nikkei Asia Forum APAC 2026, Mr. Thammasak Sethaudom, President and Chief Executive Officer of SCG, shared his vision that the transition toward a low-carbon economy is no longer solely an environmental challenge, but a business strategy to strengthen long-term competitiveness through energy security, innovation, and sustainable growth.

ZenaTech Expands AI Drone Commercialisation as DaaS Contributes 93% of Q1 Revenue

VANCOUVER, CANADA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - ZenaTech (Nasdaq: ZENA) is combining AI-powered drone technology, enterprise software and professional services through its Drone-as-a-Service (DaaS) model, supporting commercial applications across engineering data collection, agriculture, warehouse management, facility inspection and property maintenance.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings