the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis luaskan kawasan pencarian tahanan Depot Imigresen Sementara Bidor

IPOH: Polis akan meluaskan skala pencarian bagi mengesan 30 pendatang tanpa izin yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada 1 Feb lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kawasan pencarian itu turut tertumpu di daerah Kampar, Muallim serta lokasi yang difikirkan berpotensi untuk tahanan tersebut menyembunyikan diri.

“Kita akan gunakan pelbagai aset dan informasi yang kita ada untuk kesan semula semua pendatang asing yang telah meloloskan diri. Buat masa ini skala pencarian diluaskan berdasarkan daripada maklumat awam yang kita terima.

“Jadi, lokasi pencarian ini kita tidak terhad di Tapah sahaja sebaliknya diluaskan ke daerah lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Ujian Mara Lasak KP Hero Perak 2024 di Padang Tembak Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini.

Pada 16 Feb lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan pencarian terhadap baki tahanan pendatang tanpa izin yang melarikan diri itu akan dilakukan berdasarkan maklumat diterima daripada orang awam.

Setakat ini, seramai 101 daripada 131 pendatang asing berkenaan telah ditahan, manakala dua lagi dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings