the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Melaka tumpas sindiket pengedaran dadah dengan nilai terbesar RM6.94 juta tahun ini

MELAKA: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan terbesar di Melaka tahun ini susulan penahanan tiga lelaki tempatan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6.94juta dalam dua serbuan berasingan, Sabtu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka bersama Peronda Lebuh Raya (EMPV) serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berjaya memintas kereta jenis Volkswagen Passat di Kilometer 206 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan.

“Dalam serbuan kira-kira jam 2.45 petang itu, polis menahan suspek berusia 27 tahun itu selain menemukan dadah jenis syabu seberat 10.39 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM342,943 di tempat duduk belakang dan but kereta terbabit.

“Hasil soal siasat suspek tersebut, dua lagi suspek lelaki berusia 46 dan 51 tahun ditahan pada kira-kira jam 8.30 malam di sebuah rumah di Jinjang, Kuala Lumpur yang dijadikan stor simpanan dadah,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut ,Zainol berkata hasil pemeriksaan di rumah terbabit polis telah menemukan pil ekstasi seberat 67kg, pil erimin 5 (103,700 biji) dan 26kg syabu dalam bungkusan teh Cina dengan anggaran keseluruhan bernilai lebih RM6.6 juta.

Beliau berkata hasil siasatan awal juga mendapati sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun 2022 dan kesemua dadah yang dirampas itu bagi pasaran dalam dan luar negara yang boleh digunakan untuk seramai 508,994 penagih.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas tiga lelaki itu mendapati dua daripadanya positif dadah jenis methamphethamine dan turut rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Selain itu polis turut menyita harta yang dirampas daripada suspek tersebut antaranya kereta Volkswagen, wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM177,000,“ katanya.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan telah direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings