the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Selangor: Kempen PRK KKB lancar setakat ini

SHAH ALAM: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi (gambar) berkata polis bagaimanapun akan terus memantau aktiviti kempen calon yang bertanding bagi memastikan keadaan tersebut kekal hingga akhir PRK.

“Setakat ini kempen berjalan lancar dan baik…tidak ada kekecohan. Pihak yang bertanding juga memohon permit dengan betul sebelum mengadakan ceramah kempen.

“Kita harap keadaan ini kekal dan mereka yang bertanding terus berkempen secara berhemah, profesional dan tidak mendatangkan kesusahan kepada orang ramai,“ katanya ketika ditemui pemberita di Mes Pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Sasikala Devi pada Rabu lepas berkata sebanyak 642 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran PRK berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan calon dan jentera parti politik bertanding supaya berkempen secara berhemah serta tidak menyentuh perkara yang boleh menganggu ketenteraman awam termasuk isu 3R iaitu bangsa, agama dan institusi raja.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao sebagai calon Pakatan Harapan, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian, manakala 7 Mei hari pengundian awal.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings