the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan seorang lelaki berhubung kes lontar molotov cocktail ke rumah Ngeh

IPOH: Polis menahan seorang lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi Rabu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (gambar) berkata lelaki berumur lingkungan 30-an yang ditahan di kawasan Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 4 pagi tadi, kini direman hingga Selasa bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes khianat itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim dengan menelefon 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings