the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tumpaskan operasi pusat panggilan tawar pekerjaan tidak wujud kepada warga Britain

MELAKA: Polis menumpaskan operasi pusat panggilan yang menjalankan sindiket tawaran kerja sambilan tidak wujud di sebuah rumah banglo di Ayer Keroh di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata 17 individu termasuk penyelia pusat panggilan yang merupakan warga tempatan berusia 35 tahun turut ditahan dalam serbuan pada 12.23 tengah malam itu.

Beliau berkata sindiket yang menyasarkan warga Britain sebagai mangsa dengan menawarkan kerja sambilan tidak wujud menerusi laman sesawang https://thesapbusiness-uk.com/#/ itu dipercayai telah beroperasi di premis mewah terlibat sejak September lepas.

“Ketika serbuan dilakukan kesemua suspek terdiri daripada 13 lelaki dan satu wanita warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berusia 17 hingga 40 tahun sedang mengendalikan operasi pusat panggilan berkenaan.

Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket berkenaan ialah menggunakan nombor telefon pra-bayar dari Britain untuk menghantar pesanan ringkas secara rambang ke semua nombor telefon rakyat negara itu dengan tujuan memperdaya mereka dengan tawaran kerja sambilan tidak wujud,“ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Md Nazri Nawawi dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit.

Zainol berkata sindiket berkenaan akan berkomunikasi dengan mangsa menerusi aplikasi Telegram dan WhatsApp berdasarkan skrip dalam Bahasa Inggeris yang telah disediakan serta mangsa perlu mendaftar di laman sesawang berkenaan sebelum ditawarkan dengan pekerjaan memberi “rating” yang baik pada laman sesawang palsu yang diberikan oleh sindiket itu.

Beliau berkata komisen sebanyak 0.35 USDT bagi setiap “rating” yang diberi oleh mangsa dan segala transaksi tersebut menggunakan mata wang kripto (USDT) yang dikawal ketua sindiket terbabit.

“Mangsa yang berminat untuk meneruskan tugas tersebut dikehendaki memasukkan sejumlah wang bagi mendapatkan komisen yang dijanjikan sebelum menyedari terpedaya dengan penipuan itu apabila tidak memperoleh komisen yang sepatutnya.

Selain itu, siasatan juga mendapati kesemua 17 suspek yang ditahan dibayar gaji sebanyak RM4,000 seorang sebulan tidak termasuk komisen sebanyak 10 peratus daripada jumlah wang yang diperoleh daripada mangsa,“ katanya.

Beliau berkata siasatan awal turut mendapati lima daripada 17 suspek berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kes penipuan dan semua mereka direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 kerana menipu dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan kerana melakukan pakat jahat jenayah.

Katanya sindiket berkenaan dipercayai merupakan rangkaian sindiket penipuan dalam talian yang ditumpaskan Jabatan Imigresen di Langkawi, Kedah pada awal tahun ini.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan antaranya 18 set komputer, 60 unit telefon bimbit dan dua kenderaan bernilai lebih RM100,000.

Dalam pada itu, beliau berkata Polis Kontinjen Melaka menerima sebanyak 198 kes melibatkan penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud di negeri ini dalam tempoh 1 Jan hingga semalam melibatkan nilai kerugian sebanyak RM3.98 juta. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings