the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis: Warga emas hilang di Kluang dipercayai terjatuh ke dalam longkang

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KLUANG: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat, petang semalam dipercayai telah terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ismail di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Nor berkata sebaik menerima laporan, pihaknya mula menjalankan siasatan di kawasan kejadian bermula pagi tadi termasuk pemeriksaan melalui sebuah kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, hasil pemeriksaan CCTV di bangunan Persatuan Eng Choon di sini mendapati adanya kelibat seorang individu telah terjatuh ke longkang besar berhampiran Sungai Mengkibol sekitar pukul 4.15 petang semalam.

“Gerakan mencari dimulakan di kawasan longkang yang keadaan airnya cetek dan juga sehingga ke dasar Sungai Mengkibol dengan melibatkan anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),“ katanya kepada pemberita selepas meninjau di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang di sini hari ini.

Bahrin berkata usaha mencari mangsa telah merangkumi tiga kilometer ke bahagian hilir Sungai Mengkibol dengan menggunakan tiga bot milik polis dan sebuah bot milik bomba.

“Berikutan cuaca yang tidak mengizinkan operasi ditangguhkan pada pukul 6.30 petang tadi dan akan disambung semula pada pukul 8 pagi esok,“ katanya

Media melaporkan seorang pesara daripada Rejimen Grup Gerak Khas (GGK) Ab Manan Keri, 73, yang lengkap berpakaian Kelab Veteran Komando dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat di Dataran Tasik Kluang di sini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img