the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Kemaman: Pengundi muda atau tua perlu dihormati – Raja Mohamed Affandi

CHUKAI: Setiap pengundi tidak kira lapisan umur, muda atau warga emas sekalipun perlu didekati dengan penuh hormat, kata bekas Panglima Angkatan Tentera Jen(B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Apatah lagi katanya, sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang memerlukan sokongan, undian setiap dari mereka ini sudah tentu sangat berharga.

Malah, sebagai persediaan mewakili mereka juga, apa sahaja keperluan lapisan umur perlu cuba untuk didengari sebaik mungkin, bagi membolehkan tanggungjawab dijalankan dengan sempurna.

“Setiap undi ini dikira sama ada tua atau muda, untuk BN kita ambil penekanan bahawa BN cakna pengundi muda dan pengundi tua kerana mereka itulah yang akan memberi kejayaan kepada BN,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni pengundi di sekitar kawasan Kijal, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, malam tadi, yang dilaporkan berkata parti itu mendapat peningkatan sokongan daripada golongan pengundi muda kecuali golongan warga emas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lepas.

Abdul Hadi bahkan dilaporkan menyifatkan pengundi tua sebagai “tak reti bahasa” dan menasihatkan jentera PAS supaya tidak membuang masa memancing undi kelompok berkenaan sekiranya tidak menyokong Perikatan Nasional walaupun sudah puas dipujuk.

PRK itu yang ditetapkan 2 Dis ini sebagai hari mengundi menyaksikan Raja Mohamed Affandi berdepan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Memasuki hari keenam kempen, Raja Mohamed Affandi berkata beliau setakat ini antara lain, beliau turut berpeluang mendekati penyokong daripada parti lain untuk memahami hasrat mereka, selain memperkenalkan dirinya.

“Saya lihat banyak positif, saya jumpa dengan penyokong parti lain, setelah menerangkan, berikan maklumat, rupanya ada yang tak dapat (gambaran) sebenarnya.

Sekarang segalanya diputarbelitkan tetapi untuk mencari kebenaran anda harus mencarinya dan putar belit itu sebahagian daripada permainan, untuk itu pengundi berhati-hati dan semak kerana hanya dengan menyemak kita dapat yang benar,” katanya.

Raja Mohamed Affandi berkata sepanjang kempen berlangsung, beliau dan jentera BN dapat membuat penilaian yang lebih baik dan menggunakan baki beberapa hari kempen untuk menambah kawasan yang perlu disinggahi bagi mendekati pengundi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings