the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Proses ketum: Polis tunggu laporan patologi

KUALA LUMPUR: Polis menunggu laporan patologi sebelum meneruskan pendakwaan terhadap empat anggotanya yang ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan memproses dan mengedar ketum pada 4 Jan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (gambar) berkata laporan patologi itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.

“Kita tunggu laporan patologi untuk tentukan sama ada boleh teruskan untuk proses pendakwaan. Dari segi tatatertib, kita sudah ambil tindakan sebelum ini iaitu tahan kerja empat anggota terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Back to School’ di Sekolah Kebangsaan Lelaki Batu di Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tujuh individu termasuk enam anggota polis ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar air ketum di sebuah rumah di Brickfields.

Bagaimanapun, dua daripada enam anggota terbabit dibebaskan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings