the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Proton terima lebih 4,000 tempahan bagi sedan baharu S70

KUCHING: Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menerima lebih 4,000 tempahan setakat ini bagi kereta sedan kompak S70 yang baru dilancarnya.

Timbalan ketua pegawai eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata sambutan menggalakkan itu mencerminkan keyakinan dan keterujaan pelanggan terhadap model terbaharu itu.

“Selepas meneraju segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70 dan X90, kami kini membawa kehebatan teknologi kami kepada model sedan keluarga yang baharu.

“Minggu lalu, Proton S70 membuat penampilan sulungnya di Sabah, dan kini, kami teruja untuk meneruskan keterujaan itu ke Sarawak.

“Hari ini menandakan satu peristiwa istimewa tatkala kami memperkenalkan era baharu memacu inovasi ke negeri yang dinamik ini,” katanya dalam ucapan semasa majlis pelancaran Proton S70, di sini hari ini.

Pada 28 Nov, Proton melancarkan sedan kompak S70 dan menyasarkan menjual lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama pelancarannya.

Ketua pegawai eksekutifnya Li Chunrong berkata S70 1.5 liter turbo didatangkan dalam empat varian, iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.

Tempahan S70 akan diserahkan kepada pengguna awal tahun depan dengan Premium dan Flagship X menjadi varian paling popular. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings