the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pusat Hemodialisis YASA lambang keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap kesihatan rakyat

PEKAN: Selama lima tahun memayungi pemerintahan negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bukan sahaja meninggalkan banyak kenangan manis kepada rakyat, tetapi juga ‘hadiah’ yang amat bermakna khusus untuk pesakit buah pinggang sebelum kembali bersemayam di singgahsana di Pahang.

Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) yang diwujudkan pada 2019 dengan menawarkan perkhidmatan rawatan secara percuma kepada pesakit buah pinggang khususnya golongan M40 dan B40, jelas mencerminkan keprihatinan Seri Paduka terhadap kesihatan rakyat.

Menyingkap mengenai penubuhan pusat hemodialisis itu, Pengurus Besar YASA Mohd Fakhrul Islam Juhali berkata selepas menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah telah disembah maklum oleh Kementerian Kesihatan tentang perkhidmatan kesihatan negara termasuk bilangan pesakit buah pinggang.

“Al-Sultan Abdullah dimaklumkan terdapat kira-kira 50,000 pesakit yang memerlukan rawatan dialisis dengan anggaran peningkatan 8,000 pesakit baharu setiap tahun. Seri Paduka telah turun ke lapangan dan mendapati ramai rakyat terpaksa membayar kos rawatan sendiri.

“Berikutan itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) serta anakanda berkenan untuk bersama-sama membantu sehingga Pusat Hemodialisis YASA pertama dibuka di Cheras pada 2019 dan yang terbaharu di Jerantut pada tahun lepas,“ katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pusat Hemodialisis YASA di Jerantut, Pahang merupakan yang kelima selepas di Taman Melati, Kuala Lumpur yang telah dibuka pada 28 Julai 2022; Pekan, Pahang pada 11 Dis 2021 selain di Setiawangsa dan Cheras di Kuala Lumpur, yang masing-masing mula beroperasi pada 12 Ogos 2020 dan 7 Ogos 2019.

Menurut Mohd Fakhrul Islam setiap Pusat Hemodialisis YASA dilengkapi hingga 12 mesin dialisis selain fasiliti dan ruang rawatan yang selesa untuk pesakit setanding dengan pusat pusat hemodialisis lain di negara ini.

“Al-Sultan Abdullah menitahkan agar Pusat Hemodialisis YASA menyediakan perkhidmatan yang selesa untuk menarik pesakit datang dapatkan rawatan, malah pusat hemodialisis ini juga menawarkan perkhidmatan mengambil dan menghantar pesakit ke rumah untuk memudahkan mereka,“ katanya.

Beliau berkata yayasan itu turut memiliki sebuah ambulans dilengkapi defibrilator dan ventilator bagi tujuan bantuan dan rawatan kes trauma serta kecemasan.

Pada masa ini, katanya terdapat seramai 250 pesakit terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Orang Asli sedang menerima rawatan di lima Pusat Hemodialisis YASA.

Mohd Fakhrul Islam berkata keprihatin Al-Sultan Abdullah terhadap penjagaan kesihatan rakyat turut terserlah apabila Seri Paduka menitahkan supaya lebih banyak program berkaitan kesihatan diadakan khususnya di Pahang.

“Sehubungan itu, kita telah mengadakan Program Jelajah Kesihatan Rakyat bersama-sama agensi swasta dan kerajaan dengan turun ke daerah-daerah menyediakan pemeriksaan percuma kepada rakyat untuk memastikan tahap kesihatan mereka kerana titah Seri Paduka, mencegah lebih baik daripada merawat,” katanya.

Sementara itu, bekas pekerja kilang Bakri Majid, 67, menjunjung kasih kepada Seri Paduka yang telah menyediakan pusat hemodialisis selesa untuk pesakit buah pinggang sepertinya mendapatkan rawatan secara percuma sejak dua tahun lepas.

“Saya kini tidak berpendapatan dan apabila terima rawatan di sini (Pusat Hemodialisis YASA Pekan), tiada kos perlu dikeluarkan kerana perkhidmatan ambil dan hantar juga disediakan kepada kami. Saya amat hargai kemudahan ini,” katanya yang menetap di Kampung Pulau Jawa di sini.

Seorang lagi pesakit Nurjanah Yaacob, 57, turut menarik nafas lega selepas menerima rawatan di pusat itu kerana tidak mampu menjalani di fasiliti swasta berikutan kos yang tinggi.

“Kos rawatan bukan murah sebab seminggu tiga kali kena buat rawatan, bayangkan kalau kena bayar ribuan ringgit setiap bulan. Saya amat hargai YASA yang membantu golongan pesakit seperti kami,” kata ibu kepada dua anak itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings