the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rafizi: PADU kekal selamat walau berdepan serangan penggodam

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar) hari ini memberi jaminan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kekal selamat walaupun berhadapan dengan lebih dua juta cubaan menggodam setiap minggu.

Beliau berkata serangan berkenaan berlaku dalam pelbagai bentuk antaranya Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDOS) dan sekatan firewall sejak sistem itu dilancarkan pada 2 Jan lepas.

“Saya boleh nyatakan PADU masih lagi selamat hasil tindakan pantas yang diambil pasukan pembangunan sistem.

“Kerajaan juga memutuskan untuk melaksanakan geofencing (teknologi pengesanan berasaskan GPS). Hanya capaian dalam Malaysia sahaja boleh mengemas kini PADU,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat, hari ini.

Rafizi berkata sebanyak 4,292,912 individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mewakili 19.5 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi Malaysia telah mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam PADU setakat 10 Mac.

“Kalau jumlah pendaftaran termasuk mereka yang berumur bawah 18 tahun adalah 5,946,708 orang iaitu 19.8 peratus daripada keseluruhan populasi negara,” katanya.

Rafizi berkata PADU akan diperkemas dengan kemampuan mengemas kini data secara masa nyata bagi membolehkan perkongsian data antara jabatan serta agensi dilakukan secara pantas dan automatik.

“Maknanya kalau ada sahaja kemas kini data di mana-mana kementerian dan jabatan, secara automatik ia akan dicerminkan dalam pangkalan data PADU.

“…Inisiatif ini diambil bagi menambah baik perancangan dasar dan pelaksanaan program berpandukan data untuk membolehkan rakyat menerima manfaat yang sewajarnya,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings