the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rangka manusia di rumah terbiar sah milik Bella

BATU PAHAT: Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini Jumaat lepas, ialah milik Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pihaknya menerima laporan analisis DNA sampel patologi yang dihantar ke Jabatan Kimia Johor Ahad lepas, dan mendapati ia sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak kepada ibu tunggal beranak dua itu.

“Pihak polis telah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut mayat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan telah mendapat arahan tuduh terhadap seorang daripada tangkapan dalam tahanan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok.

Jumaat lepas, polis menemukan rangka manusia tidak lengkap di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan Bella.

Sebelum itu, Bella gagal dihubungi selepas keluar rumah dengan menaiki kereta teman lelakinya pada 11.50 malam 14 Dis tahun lepas, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran.

Dalam pada itu, kakak Bella, Norisham Samsusah, 36, ketika dihubungi berkata jenazah akan dituntut pagi esok dan akan dibawa ke Batu Pahat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang di sini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings