the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rangka manusia dijumpai di Gemas

SEREMBAN: Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan tersebut.

“Berdasarkan maklumat, polis ke lokasi kejadian seterusnya menjumpai rangka manusia iaitu bahagian pinggul hingga kaki di dalam parit kering dan sebuah motosikal.

“Turut dijumpai topi keledar dan tali pinggang serta tengkorak manusia… jarak rangka manusia dengan motosikal itu lebih kurang 15 meter (m), rangka tulang belakang 10m serta tengkorak lebih kurang 80m,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata rangka berkenaan dihantar ke bilik mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Amiruddien berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings