the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RHB WCE Century Ride sasar 3,000 peserta

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,000 peserta dijangka menyertai acara berbasikal RHB WCE Century Ride di Lebuhraya Pantai barat (WCE) pada 19 Mei depan.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif RHB Banking Group Mohd Rashid Mohamad (gambar) berkata acara yang diadakan sempena Tahun Melawat Perak 2024 itu akan bermula dan berakhir di Plaza Tol Lekir di Perak.

Pendaftaran bagi acara berbasikal itu dibuka esok dan mereka yang berminat boleh mendaftar di www.wcecenturyride.com.

Acara berbasikal itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 28 kilometer (km), 90km dan 160km dan tiga pelumba terbaik dalam kategori 90km dan 160km berpeluang membawa pulang wang tunai RM600 hingga RM3,000.

“Ini merupakan komitmen berterusan kami untuk mempromosikan gaya hidup sihat, memupuk hubungan komuniti dan menyokong perniagaan tempatan. Acara berbasikal ini memenuhi kehendak ramai daripada pelumba profesional kepada keluarga dan kawan-kawan yang mencari aktiviti berbasikal santai.

“Kami percaya berbasikal bukan sekadar sukan tapi juga cara untuk menyatukan masyarakat pelbagai peringkat umur,” katanya pada pelancaran hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WCE Holdings Bhd Lyndon Alfred Felix berkata kayuhan itu membabitkan laluan dari Lekir ke jajaran Beruas-Taiping Selatan yang baharu dibuka dan kembali ke Lekir, meliputi jarak 160km.

“Kami teruja dan mengalu-alukan peserta termasuk pelumba antarabangsa dan tempatan untuk menyertai kayuhan ini.

“Pencapaian ini mempunyai keistimewaan kerana ia merupakan acara berbasikal terbesar pertama sejak pembukaan lebuh raya WCE pada 2019 di samping mempromosikan kemajuan dengan membawa masyarakat bersama,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings