the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ribut salji melanda California

SACRAMENTO (Amerika Syarikat): Ribuan isi rumah di California dilaporkan terputus bekalan elektrik pada Ahad manakala sebuah lebuh raya utama masih ditutup berikutan ribut salji terburuk terus melanda negeri di Amerika Syarikat (AS) itu.

Ribut musim sejuk terus mencengkam California Utara dan kawasan pergunungan sejak Khamis dengan salji lebat mencecah 3.6 meter dan tiupan angin melebihi 3.5 kilometer sejam.

Laluan utama yang menghubungkan Reno, Nevada, ke Sacramento, California, berhampiran sempadan Nevada masih ditutup pada Ahad.

“Pihak berkuasa belum dapat menganggarkan bila lebuh raya akan dibuka,“ menurut Peronda Lebuhraya California (CHP).

Ratusan pengembara turut dilaporkan terperangkap dalam kenderaan masing-masing selama berjam-jam.

Lebih 12,000 rumah dan perniagaan masih terputus bekalan elektrik, menurut laman sesawang PowerOutage.us.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Sacramento memberi amaran ribut salji berkuat kuasa untuk Sierra Nevada, banjaran gunung antara Central Valley California dan Great Basin di barat Amerika Syarikat.

Selain ribut salji, puting beliung turut melanda Madera County pada Jumaat dan Kings County pada Sabtu.

Puting beliung pada Jumaat menyebabkan sebuah sekolah rendah rosak, menurut pejabat perkhidmatan cuaca di Hanford. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings