the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rizab antarabangsa BNM melonjak kepada US$113.5b setakat Dis 2023

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) melonjak kepada US$113.5 bilion setakat 29 Dis 2023 berbanding US$112.8 bilion yang dicatatkan pada 15 Dis 2023.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Paras rizab telah mengambil kira perubahan penilaian semula pertukaran asing suku tahunan,” katanya.

Sehingga 29 Dis, BNM berkata daripada lima komponen utama rizab, rizab mata wang asing berjumlah US$100.9 bilion, diikuti oleh kedudukan rizab IMF (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.8 bilion), emas (US$2.6 bilion) dan aset rizab lain (US$2.8 bilion).

Jumlah aset adalah sebanyak RM630.97 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM520.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.23 bilion), tanah serta bangunan (RM4.13 bilion) dan aset lain (RM67.64 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM186.74 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.82 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM176.53 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM3.53 bilion), lain-lain deposit (RM40.02 bilion), kertas Bank Negara (RM29.24 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti lain (RM3.27 bilion). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings