the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saksi: Tiga anggota polis diberkas di pejabat ESSCOM berkaitan kes bunuh

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

TAWAU: Seorang pegawai kanan polis dari Bukit Aman hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menahan tiga anggota pasukan keselamatan itu di pejabat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Lahad Datu berhubung kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu.

Inspektor Muhamad Nazmi Zulkafli, 33, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Terancang D14 berkata Rosdi Rastam dan Khairul Azman Bakar ditahan pada 5.25 petang 25 Jan manakala John Kennedy Sanggah pada 3.30 petang 27 Jan 2023 selepas pihaknya menerima maklumat yang menyatakan ketiga-tiga suspek berada di pejabat ESSCOM.

Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata pada hari berkenaan, beliau ke pejabat ESSCOM menaiki kenderaan bersama pasukannya sebelum berjumpa dengan ketiga-tiga suspek.

“Saya perkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan kad kuasa. Saya meminta suspek mengeluarkan kad pengenalan diri dan saya semak (sama ada) suspek adalah individu yang saya kehendaki.

“Saya membuat pemeriksaan tubuh badan suspek dan turut merampas telefon bimbit mereka. Mereka yang ditangkap di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut,“ katanya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad pada hari keenam perbicaraan kes bunuh Nurman membabitkan lapan tertuduh iaitu bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM SAC Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam.

Rosdi, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, Kennedy, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini di antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Terdahulu, Muhamad Nazmi memaklumkan mahkamah bahawa pada 22 Jan tahun lepas, beliau telah dihubungi oleh Penolong Pengarah D14 ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew untuk ke IPD Tawau bagi membantu kontinjen Sabah membuat tangkapan berhubung laporan polis bagi satu kes bunuh.

Saksi itu berkata pada 7.30 pagi esoknya, beliau bersama pasukan telah berlepas ke Sabah dan tiba pada 10 pagi sebelum menghadiri sesi taklimat oleh ACP Mohd Hakim Hashom selaku pegawai penyiasat.

“Semasa sesi taklimat itu, saya telah terima arahan daripada ACP Mohd Hakim untuk melakukan risikan dan tangkapan ke atas tiga suspek bernama Rosdi Rastam, Khairul Azman Bakar dan John Kennedy Sanggah bagi tujuan membantu siasatan,“ katanya.

Menjawab soalan peguam Datuk Ram Singh, Muhamad Nazmi menafikan ketiga-tiga suspek ditahan kerana mereka terlibat dalam jenayah terancang.

“Saya hadir ke Sabah bukan untuk kes jenayah terancang,“ katanya.

Disoal semula oleh Mohammad Fakhrurrazi mengapa pegawai polis D14 turun ke Sabah untuk membuat tangkapan, Muhamad Nazmi berkata beliau dan pasukannya diarah membuat tangkapan ke atas suspek berkaitan kes bunuh dan bukan jenayah terancang. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img