the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Salah guna laluan bas, pengguna mungkin dikenakan tindakan lebih ketat

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan penguatkuasaan lebih ketat terhadap pengguna jalan raya yang menyalahgunakan laluan khas bas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penguatkuasaan itu bagi memastikan laluan khas bas berkenaan tidak dieksploitasi oleh pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata langkah itu juga sebahagian daripada usaha kerajaan bagi memastikan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan bas, menjadi antara pilihan utama dalam kalangan rakyat.

“Pendekatan saya ialah carrot and stick (ganjaran dan hukuman). Jika carrot (manfaat) tidak menarik mereka, kita akan gunakan stick (penguatkuasaan). Orang ramai tidak berminat menaiki bas kerana terdapat kemungkinan mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya kerana kekerapan bas sukar dijangka. Itulah sebabnya kita berusaha keras memperkenalkan laluan bas.

“Kita ada dua laluan pada masa ini iaitu di Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang. Jika dua koridor ini berjaya, kita bercadang untuk menambah laluan bas ini,“ katanya pada sidang media selepas membentangkan Laporan Prestasi 2023 dan Pelan 2024 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Menara UOA di sini hari ini.

Terdahulu, ketika membentangkan laporan Prasarana, Loke memaklumkan purata penumpang yang disasarkan pada tahun ini berjumlah 285,000 penumpang iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 241,000 penumpang pada 2023.

Menurut Loke, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan pada ketika ini dalam melaksanakan proses bukti konsep bagi pelaksanaan perluasan dua laluan khas bas iaitu di daerah Lembah Klang melibatkan Jalan Ampang dan Jalan Klang Lama ke Jalan Puchong termasuk di Jalan Burma, Pulau Pinang.

Selain itu, Prasarana turut menyasarkan untuk menaik taraf sebanyak 117 tapak perhentian bas, 11 laluan pejalan kaki dan 15 hab bas untuk tahun ini.

Dalam pada itu, Loke berkata Kementerian Pengangkutan menetapkan dasar baharu bagi pembelian bas Prasarana adalah ke arah bas elektrik bermula 2025 dalam usaha meningkatkan penggunaan kenderaan hijau, selaras dengan inisiatif Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Tahun depan kita akan cuba supaya pembelian bas baharu ke arah bas elektrik (EV). Cuma ada satu lagi pembelian baharu melibatkan 310 bas diesel dan saya telah nyatakan kepada Prasarana bahawa ini merupakan pembelian terakhir bas diesel. Selepas itu, perolehan bas adalah ke arah bas EV,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings