the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Salah guna wang syarikat : Jurujual warga Bangladesh dipenjara tujuh bulan, 1 sebatan

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual warga Bangladesh dipenjara tujuh bulan dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menyalahgunakan wang sebuah syarikat berjumlah lebih RM300,000, untuk kegunaan peribadinya.

Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu selepas Md Mehdi Hasan, 29, mengaku bersalah menyalahgunakan wang RM300,900 milik Syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd di Wisma Malik, Jalan Tun Tan Siew Sin, Dang Wangi di sini antara 11 Dis 2023 hingga 24 Jan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Berdasarkan fakta kes, hasil laporan audit oleh seorang akauntan di syarikat Malik Streams mendapati, tertuduh telah mengubah ‘Tax Invoice’ dengan menukar jumlah yang telah dipesan, yang mengakibatkan syarikat berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM300,900.

Siasatan pihak polis mendapati tertuduh telah melarikan diri dan menggunakan wang tersebut untuk kegunaan sendiri, sebelum berjaya ditangkap.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahijman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Di mahkamah sama, seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli kereta menggunakan dokumen palsu, pada November tahun lepas.

Ng Wai Hong, 47, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Lim Chi Kiat, 38, sehingga mendorong mangsa menyerahkan kereta jenis Mercedez Benz yang hendak dijual bernilai RM155,000 kepada tertuduh, di kawasan perumahan di Taman U Thant di sini, pada 27 Nov 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Muhammad Amir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings