the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Satu batalion PGA gempur sarang pendatang asing di Jalan Silang

KUALA LUMPUR: Hampir satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini dikerah bagi menggempur dan ‘membersih’ penempatan warga asing di Jalan Silang di sini.

Tinjauan Bernama mendapati dalam operasi yang bermula kira-kira 11 pagi itu, dianggarkan 1,000 pegawai dan anggota pasukan lengkap bersenjata menyerbu sarang penempatan warga asing yang menjadikan kawasan tersebut tidak ubah seperti perkampungan mereka sendiri.

Ini termasuk membuka premis perniagaan yang menjual barangan dari negara mereka selain menjadikan premis di kawasan itu sebagai tempat kediaman dengan tidak menjaga kebersihan sehingga menimbulkan bau busuk.

Biarpun ada cuba menyembunyikan diri, namun pemeriksaan teliti dari premis ke premis di empat blok di lokasi berkenaan selain kepungan besar-besaran, menyebabkan banyak warga asing yang kebanyakannya warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal tidak sempat melarikan diri.

Sehingga 2 petang tadi, dianggarkan lebih 500 warga asing telah ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk proses semakan dokumentasi.

Difahamkan polis akan mengadakan satu sidang media khas berkenaan operasi tersebut pada 5 petang ini di Pulapol. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings