the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SB maut tertembak ketika operasi siasat pencerobohan Hutan Simpan Ulu Muda

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SIK: Seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut selepas terkena tembakan sewaktu operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kematian Pegawai Rendah Polis Cawangan Khas IPK Kedah akibat terkena tembakan semasa bertugas kira-kira 10 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati sepasukan polis daripada IPD Sik, anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan pasukan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah bersama orang awam telah memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, pada pukul 12 tengah hari, 27 Februari lepas.

“Mereka bermalam di kompartmen 103, Hutan Simpan Ulu Muda untuk menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang dipercayai berlaku di kawasan tersebut,“ katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Menurutnya kira-kira pukul 3 petang semalam, mangsa bersama dua orang awam bergerak ke kompartmen 124 di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan menjalankan siasatan.

“Bagaimanapun sehingga pukul 6.30 petang, mereka didapati belum pulang ke tempat penginapan yang terletak di kompartmen 103.

“Seterusnya usaha mencari mereka telah dijalankan oleh anggota pasukan yang lain namun hanya menjumpai kenderaan yang digunakan di persimpangan di antara kompartmen 124 dan 125,“ katanya.

Abdull Razak berkata pada 5 pagi tadi, mangsa telah dibawa balik ke kompartmen 103.

“Siasatan lanjut mendapati ketika kejadian berlaku, mangsa dan dua orang awam dipercayai tersesat akibat cuaca gelap dan bunyi letupan kedengaran pada pukul 2 pagi tadi dan dipercayai mengenai mangsa pada bahagian hadapan.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut dan mangsa disahkan telah meninggal dunia,“ katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 65 tahun, yang merupakan orang awam yang pergi bersama mangsa, ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti punca tembakan yang menyebabkan kematian mangsa,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img