the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Segerakan pelaksanaan SSPA jadi fokus utama KPPA baharu

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (gambar) memberi jaminan bahawa Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan menjadi fokus utama beliau agar dapat dilaksanakan segera.

“Insya-Allah, ini jadi fokus utama dan saya tahu ramai penjawat awam di luar sana amat mengharapkan SSPA ini menjadi satu kenyataan dalam masa terdekat,“ katanya kepada pemberita selepas mengetik kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan mengemudi JPA merupakan tanggungjawab yang besar terutama ketika satu sistem saraan baharu perlu disiapkan.

“Itu yang akan menjadi fokus saya dan juga pesanan daripada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) untuk mempercepatkan lagi proses SSPA,“ katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata aspek pendigitalan untuk perkhidmatan awam serta langkah meningkatkan daya saing penjawat awam juga menjadi keutamaan beliau.

“Melihat dari segi pendigitalan untuk perkhidmatan awam yang merupakan satu perkara baharu yang perlu diterokai penjawat awam seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan, penjawat awam tidak boleh ketinggalan dan kita mesti seiring dengan perkembangan semasa,“ katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin JPA.

Aspek daya saing penjawat awam, katanya, turut perlu diberi perhatian kerana perkara itu ditekankan oleh Perdana Menteri agar mereka memiliki ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan keadaan semasa.

Wan Ahmad Dahlan berkata beliau juga difahamkan bahawa JPA mempunyai kerangka berdasarkan Program Penempatan Silang dan ia akan ditambah baik supaya cepat memberi keberkesanan kepada program itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings