the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seorang lelaki ditahan, lima kes simbah cat di JB selesai

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian simbah cat merah dan menampal nota ugutan di kawasan Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima menerima laporan berkaitan kejadian simbahan cat merah pada pagar rumah pengadu berserta satu nota ugutan pukul 3.58 pagi semalam.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barang seperti telefon bimbit, kad akses, sebuah kereta, empat kertas putih A4 bertulis nota ugutan serta nombor telefon Singapura dengan tulisan berwarna merah.

“Turut dirampas satu pasport Malaysia, satu ‘marker pen permanent’, satu beg kain dan sepasang sarung tangan berwarna merah, dua nombor pendaftaran palsu serta satu botol plastik mengandungi cat merah, “ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Raub berkata ekoran penahanan lelaki itu polis berjaya menyelesaikan lima kes simbahan cat di bandar raya ini yang didalangi sindiket pinjaman wang tanpa lesen. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings