the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sepasang kekasih dalang kegiatan penstriman haram ditahan

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih ditahan dalam satu operasi pembanterasan kegiatan penstriman haram di tiga lokasi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 14 Mac lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kedua-dua yang ditahan itu berumur 53 dan 57 tahun, dipercayai berperanan sebagai dalang utama sindiket itu.

Beliau berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah unit kediaman di Sungai Long, Kajang yang disyaki beroperasi sebagai pusat kawalan bagi mengawasi masa henti dan masa hidup server.

“Sementara lokasi kedua di Jalan Kovil Hilir, Sentul dan ketiga di Taman Genting, Setapak disyaki beroperasi sebagai server penstriman haram yang membekalkan kandungan penyiaran Astro dan stesen-stesen penyiaran antarabangsa yang lain kepada pengguna aplikasi sindiket terbabit,” katanya pada sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.

Dalam operasi itu, polis turut merampas peralatan penstriman Astro dan siaran antarabangsa, peranti server, pengekod video dan beberapa piring satelit dianggarkan bernilai RM100,000.

Kes disiasat mengikut Seskyen 43AA(1) Akta Hakcipta 1987 dan beliau menasihatkan masyarakat agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penstriman haram.

Dalam kes berasingan, Ramli mengesahkan terdapat sindiket menggunakan kemudahan e-Reporting yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tujuan penipuan sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kerugian.

“Modus operandi penipuan e-Reporting ini dikesan mula berlaku sekitar pertengahan tahun 2023. Terkini, sindiket ini mula membuat panggilan video untuk meyakinkan dan seterusnya memperdaya mangsa untuk membuat bayaran atau pindahan wang.

“Seperti taktik yang digunakan dalam penipuan telefon, mangsa akan menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai daripada syarikat kurier dan pemanggil akan mewujudkan satu situasi yang menjadikan mangsa panik serta menurut semua arahan yang diberikan,” katanya.

Seterusnya, Ramli berkata panggilan akan disambungkan kepada pihak ‘polis’ secara panggilan video dan menerusi panggilan itu mangsa akan diyakinkan untuk membuat laporan polis secara dalam talian (e-Reporting) dan berinteraksi dengan pegawai polis palsu berlatar belakang seolah-olah di balai polis.

“Sepanjang tahun 2023, sejumlah 34 laporan polis telah diterima berkaitan modus operandi ini melibatkan nilai kerugian RM1,011,110 manakala bagi tahun ini sehingga 14 Mac, sejumlah 14 laporan polis telah diterima melibatkan nilai kerugian RM960,500,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings