the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Setahun tinggal tanpa permit, pendatang tanpa izin dicekup Imigresen

IPOH: Setahun tinggal di negara ini tanpa permit dan bekerja sebagai tukang kemas rumah, pendatang tanpa izin yang dikenali sebagai Elriyanti, 50, akhirnya ditahan dalam satu serbuan di Rumah Pangsa Bercham di sini awal pagi tadi.

Wanita berasal dari Sumatera, Indonesia itu dicekup bersama 157 yang lain dalam operasi yang dinamakan Op Pintu hasil kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Perak dan anggota Pasukan Gerak Am Ulu Kinta yang bermula kira-kira 1 hingga 3 pagi itu.

Elriyanti, ibu kepada dua anak berusia 14 dan 16 tahun itu berkata sebelum ini dia bekerja di Pulau Pinang, namun atas bantuan rakannya dia berpindah ke Perak kira-kira sebulan lepas.

“Saya datang sini naik feri dengan bayaran RM3,000 kalau duit saya (rupiah Indonesia) 10 juta dan waktu itu turun di Port Dickson. Kemudian saya bekerja sebagai pengemas rumah dengan pendapatan RM2,000 sebulan,” katanya ketika ditemu bual selepas ditahan.

Menurut Elriyanti dia akan mengirim wang sebanyak RM600 sebulan kepada keluarganya di kampung dan membayar RM80 sebulan untuk sewa rumah yang diduduki bersama tiga lagi rakan senegaranya.

Dia mengakui memilih untuk ke Malaysia kerana mudah mendapatkan pekerjaan selain faktor bahasa dan budaya yang hampir sama.

Sementara itu Pengarah Imigresen Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik dalam sidang media berkata sebanyak 358 pendatang tanpa izin diperiksa dengan 158 daripadanya ditahan kerana tinggal di Malaysia tanpa pas/permit yang sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 83 lelaki, 54 wanita, 8 kanak-kanak lelaki dan 3 kanak-kanak perempuan yang berusia antara 9 dan 60 tahun.

“Mereka terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh, China, Pakistan, Sri Lanka dan Vietnam.

“Kebanyakan mereka ini menyewa di rumah pangsa ini daripada pemilik warga tempatan,” katanya sambil menambah kira-kira 560 unit rumah diperiksa melibatkan 15 blok dalam serbuan itu.

Dalam pada itu Meor Hezbullah memberi peringatan kepada pemilik rumah warga tempatan supaya tidak menyewakan unit rumah mereka kepada pendatang tanpa izin .

Menurutnya ini kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan mereka didakwa di bawah Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Meor berkata bagi kes tangkapan malam tadi, pihaknya akan menyiasat setiap pemilik rumah yang menyewakan unit mereka kepada pendatang asing berkenaan.

Dalam serbuan dengan kekuatan kira-kira 160 anggota itu, ada antara pendatang tanpa izin yang enggan membuka pintu walaupun diketuk berkali-kali hingga memaksa anggota terlibat memotong kunci dan memecah masuk kediaman yang disyaki terdapat warga asing di dalamnya.

Ada pendatang tanpa izin yang cuba menyembunyikan diri dengan mengunci diri dalam bilik atau bersembunyi dalam stor. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Five prison officers charged over Taiping Prison incident

The Prisons Department said the charges mark the latest development in ongoing legal proceedings, following the earlier prosecution of another officer under Section 304(b) of the Penal Code over the same case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings